Pages

Followers

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

LUKA BERDARAH YANG MENINGGALKAN PARUT


LUKA??? sape-sape je kat dunia nie pernah luka berdarahkan.. tipulah kalau luka yang x berdarah.. tetibe plak teringin nk cite pasal luka nie.. selama 23 tahun tasya hidup didunia ini,(alhamdulillah masih bernafas sampai ke saat ini), macam-macam jenis luka yang pernah tasya alami.. luka tangan, luka kaki, luka badan, dan juga luka hati..

luka yang pernah tasya alami masa kecil luka pada kaki.. agak teruk jugak la luka masa tu sampai nampak isi kaki.. eeeeeeee.. bila ingat balik, memang seram sejuk lah.. tasya xnak jahit luka tu so, luka tu tinggalkan parut.. tu nasib baik kt kaki, xder la org nak tgok sgt kan.. hahaha..
baru beberapa hari yang lepas mak tasya cite pasal kejadian tu.. kalo tak silap masa tu umo dalam 6 atau 7 tahun mcm tu laa.. peristiwa tu masih segar lagi dalam ingatan tasya sampai hari ni.. mmg menyakitkan.. kaki tasya terkena tin berkarat masa tengah seronok bermain dengan cousin2 kt tepi rumah atok.. tah macam mane kaki termasuk dalam satu lubang and tasya x perasan dalam tu ade tin..tin milo tuh.. mula-mula memang xrasa pape.. tasya berlagak mcm luka tu kecik je.. then tgok darah bnyk giler, masa tu jalan pon dah x betul teros nangis menjerit2.. bak kata mak, nangis mcm bunyi 3 org budak nangis.. hehehe.. seyes, masa tgh taip entry nie, tasya masih boleh rasa mcm mana perasaan masa tu.. mmg sakit giler ah.. lepas tu, ayah bawak g klinik.. sampai sana diorg suh jahit, tasya xnak.. so biarkan je laa.. tu pasal sampai skrg ade parut lagi.. kesakitan menahan luka berdarah tu tasya mmg x boleh lupakan sampai skrg.. parut tu dah x boleh kembalikan kulit kaki tasya kepada bentuk asal.. parut tu tetap akan ada kat situ sampai bila-bila..

sama jugak bila hati kita terluka.. xpayah la tasya nk cite pasal hati tasya yang pernah terluka .. apa yang tasya boleh cakap kt sini.. luka dihati tak siapa tahu dan tak siapa boleh nampak.. sama jugak macam luka di kaki.. parut tetap akan terus ada disitu walaupun diubati dengan pelbagai cara.. ianya boleh sembuh tapi meninggalkan kesan la kan.. apa yang boleh dibuat adalah jaga hati yang pernah dilukai dengan sebaiknya agar perkara yang menyebabkan hati terluka itu tidak akan berulang.. tetibe sedih plak.. huhuhu..


p/s : hati seperti kertas yang telah direnyuk dan takkan pernah kembali ke bentuk asalnya..

Thursday, June 30, 2011

Is It Love???



1. Are your palms sweaty, is your heart racing? and your voice caught within your chest?
it isn't love, it's like.


2. You can't keep your hand off them, am I right?
it isn't love, it's lust


3. Are you proud and eager to show them off?
it isn't love, it's luck


4. Do you want them because you know they're there?
it isn't love, it's loneliness


5. Are you there because it's what everyone wants?
it isn't love, its loyalty


6. Do you stay for their confessions of love, because you don't want to hurt them?
it isn't love, its pity


7. Are you there because they kissed you, or held your hand?
it isn't love, it's lack of confidence


8. Do you belong to them because their sight makes your heart skip a beat?
it isn't love, it's infatuation


9. Do you tell them that everyday they are the one you think of?
it isn't love, it's a lie


10. Are you willing to give up all your favorite things for their sake?
it isn't love, it's charity


11. Do you pardon their faults because you care about them?
it isn't love, it's friendship


12. Do you accept their faults because it's part of who they are?
then it's love


13. Do you cry for their pain, even when they're strong?
then it's love


14. Do their eyes see your true heart, and touch your soul so deeply, it hurts?
then it's love


15. Do you stay because a blinding incomprehensible mix of pain, and elations pulls you close and hold you?
then it's love


16. Are you attracted to others but stay with them faithfully with no regrets?

then it's love

17. Would you give them your heart, your life, your death?
then it's love

18. And always remember - love isn't one sided!! - Both must love for LOVE to exist!
then it's love

Wednesday, June 29, 2011

HATI SEORANG WANITA


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Tuesday, June 28, 2011

cinta dan sayang..



cinta... apakah cinta?? cinta, sayang dan suka.. ketiga-tiga ini berbeza dari pelbagai aspek..
bagi orang yang betul2 dilamun cinta hanya tahu apa itu cinta, sayang dan suka.. mungkin bagi
sesetengah orang, I LOVE YOU = saya sayang awak.. saya sayang awak = I LOVE YOU..
( nmpk complicated bila diterjemah dlm bhs melayu )

tapi.. itulah hakikatnya.. tidak ramai yang faham apa itu cinta dan beza cinta atau sayang..
ada juga yang xtahu dia dilamun cinta..
ada juga yang xtahu dia hanya sayang.. tanpa menyintai..
ada juga yang xtahu kedua-dua perkara tersebut..


kadangkala pasangan memerlukan antara satu sama lain atas sebab mereka kesunyian..
jadi, mereka tidak tahu samada mereka bercinta atau hanya teman tapi mesra..
cinta dan sayang bukan perkara mudah untuk dibezakan..
kamu boleh kata,, "saya sayang awak" tapi sejauh mana kebenarannya?? hanya sekadar di mulut atau ikhlas dari hati..
kamu juga boleh kata, " saya cintakan awak" adakah kamu betul-betul maksudkan apa yang kamu ucapkan?? dan adakah kamu pasti dengan perasaan kamu?

jika ditanya sendiri pada pendapat aku, mungkin ada yang tidak setuju.. tapi apa yang aku bagi hanyalah dari aspek diri aku sendiri.. pendek kata, hanya diri kita sendiri dapat menilai sayang atau cinta seseorang terhadap kita..

for me, sayang adalah sayang.. perasaan yang dianugerahkan dari tuhan kepada hambaNya... kite sayang keluarga kita, sayang kawan kita, sayang binatang peliharaan, sayang harta benda, sayang negara, sayang bangsa dan sbgnya... sayang adalah sesuatu yang umum.. perasaan sayang boleh datang secara tiba-tiba dan boleh hilang dalam sekelip mata..

tapi..

cinta, bagi aku, sesuatu yang luar biasa..
kerana cinta, seseorang itu sanggup lakukan apa saja demi orang tercinta..
kerana cinta, hati kita bagai tertusuk dengan belati tajam bila kecewa..
kerana cinta juga kita tak mampu berbuat apa-apa bila ditinggalkan..
kerana cinta, kita jadi serba tak kena.. mandi x basah, tidur xlena, makan x kenyang..
kerana cinta juga, org gemuk boleh jadi kurus sbb xlalu makan..
kerana cinta, kita jadi lemah, xbersemangat, ada juga yang jadi panas baran sbb kecewa..

kesimpulannya, cinta lebih memakan diri jika memberi sepenuh hati kepada orang tercinta..
seorang sahabat pernah memberi nasihat agar tidak memberi sepenuh hati kepada orang yang kita cintai ini kerana sekali hati kita terluka, akan memberi kesan yang mendalam kepada diri kita..

DOA BUAT KEKASIH ~

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta...
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....

Dan sekiranya aku menemui seseorang
yang baru di dalam hidupku
Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
kepada dirinya
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain
Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin...amin..yarabbal alamin....

Sunday, June 26, 2011

SAYA RINDU AWAK.. SAYA SAYANG AWAK..

awak... saya rindu awak.. walaupun xsampai beberapa hari awak tinggalkan saya, tp saya rasa hidup saya kosong.. hati saya sunyi.. sampai ke saat ini saya rasa mcm bermimpi yg awak dh xder dalam hidup saya.. selama 3 tahun hidup saya ditemani awak..

saya call, awak x angkat..
saya sms, awak x reply..
saya RINDU awak taw x? 
saya SAYANG awak taw x?

kalo dulu, tiap hari saya call awak, 
tanya awak buat apa?
dah makan blm?
sihat ke x?
tak tido lagi ke?

tapi skrg... saya nk tnya sape?
saya nk sms sape?
saya nk call sape?
selama nie saya hanya ada awak sorang je..
awaklah org yg saya ingat setiap hari..
awaklah org yg saya rindukan setiap hari..
awaklah org yg saya mimpikan setiap hari..

dulu, masa saya ada masalah awak selalu bg semangat kt saya.. 
awak selalu ckp " bie sayang ayang lebih "
awak pon selalu ckp, " bie rindu ayang lebih "
tp skrg saya dh x dgr dah awak ckp mcm tu...

saya suka tgok awak makan.. bila awak makan, awak makan comot tp awak xmalu pon depan saya..saya yg tolong lapkan bila awak comot.. 
saya suka tgok awak main gitar.. bila awak main gitar, awak buatkan saya terpesona dgn diri awak..
saya suka bila awak buat lawak.. awak buat sampai saya gelak besar.. awak pon gelak sama.. kita bahagia saat itu..

tapi, tu sume dah tinggal kenangan..
kenangan tu sampai bila pon saya xkn lupakan..
dan saya xnk lupakan semua hal tentang awak sbb awak terlalu istimewa dalam hidup saya.. 

setiap perkara yang kita lakukan bersama, saya akan simpan ketat2 dalam ingatan dan hati saya..
dan kalo boleh, saya xnk lupakan awak.. saya akan hidup dengan bayang-bayang awak, sampai bila-bila..

sebab saya sayang awak sangat-sangat..
sebab saya cintakan awak sangat-sangat..


Saturday, June 25, 2011

APA AKU NAK BUAT?

sampai saat ini aku masih tertanya-tanya mengapa dan kenapa tentang hubungan kita.. aku xtahu nk buat apa.. im totally lost!!! hari nie, aku bnyk  mendiamkan diri.. aku buat semua kerja rumah yg biasa aku buat, aku masak  tengahari utk keluarga aku, aku buat ape yg patut.. tp aku x tunjukkan kesedihan aku pada keluarga aku.. sbb aku xnk keluarga aku bersangka buruk terhadapnya.. biarlah aku rahsiakan dulu tentang perpisahan ini.. aku masih xdpt nk terima kenyataan yg dia dh pergi dari hidup aku.. 3 tahun bersama, sekelip mata dia hilang dr hidup aku..

apa aku nk buat?

airmata x berhenti mengalir teringatkan dia,
hati x berhenti menjerit memanggil namanya,
fikiran x berhenti mengingat segala kenangan kami bersama..

ape aku nak buat?????

sakit rasanya bila menanggung beban dalam hati ini.. aku perlukan kekuatan untuk bangkit semula.. kali nie dai betul2 buat aku terjatuh hingga aku x berdaya...

Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini...

berakhir sudah 3 tahun...

hari nie.. pagi nieh.. pukul 5.45  pagi.. aku secara rasminyer SINGLE!!! xder mende dah aku nk ckp pasal perjalanan kisah cinta aku.. sume dah hancur, dah xder pape.. huff.. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hidup ini.. aku percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya.. dalam masa 3 tahun, mcm2 yg terjadi.. n sblm ktorg putus nie pon, aku dah rasa benda nie akan terjadi sbb aku bole nmpk perubahan yg berlaku.. semua benda x kena, semua benda mcm sengaja nk sakitkan hati aku.. semua benda mcm tarik tali.. haish.. dah laa.. malas aku nk ckp pape dah..
aku xtaw aku nk ckp ape pasal perasaan aku skrg.. adakah aku happy? adakah aku sedih? aku xtaw.. biarlah dulu.. malas nk serabutkan kepala aku..

Wednesday, June 1, 2011

~ Dugaan Cinta Jarak Jauh ~

dan tetibe plak rasa nk post benda nieh.. artikel nie terjumpa masa dok google2.. hihi.. sebagai ingatan diri sendiri jugak yang tengah mengalami keadaan tersebut..


PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

Monday, April 4, 2011

‎5 DEADLY TERMS USED BY A WOMAN.

(1) FINE - this is the word women use to end an argument when they know they are RIGHT & YOU need to SHUT UP.
(2) NOTHING- means SOMETHING & u need to be WORRIED.
(3) GO AHEAD - this is a dare, not permission, DO NOT DO IT.
(4) WHATEVER - is a woman's way of saying #$%& YOU.
(5) THAT'S OK - she is thinking long & hard on HOW & WHEN you will pay for your mistake.

Thursday, March 31, 2011

hati terusik~

perghhh.. lame giler x update blog. bersawang dah blog ku ini.. bukan pe, bz ngan assgment, nak2 makin dekat ngan exam. tinggal sebulan je lagi nk abes sem nieh lepas tu akan cuti panjang selama 4 bulan.. huhuhuhu..
ok, back to the entry~.. "hati terusik".. mendalam maksudnyer..yup.. it is..
hmmm.. aku kekadang x faham dengan apa yg berlaku sekeliling aku.. kadang2 aku rasa aku caring sangat kat org len tp or len ade ke kisah pasal aku? kata sayang tp mcm tak je.. huhu.. sorry to say la eh.. tp itu yg aku rasa.. sakit hati kot kalo org buat mcm tu kat aku.. aku punye la take care kt org lain tp org tu wat xtaw je.. huhu.. nk je bunuh org mcm tu.. aku geram, geram sgt hari nieh.. rasa nk lempang org pon ade gak.. sabar je laa.. kata je sabar tp nanti meletup gak aku ngan dia tu nanti.. ko tunggu je la aku meletup.. baru ko taw aku nie sape.. haaaaaaaaaa.. hahahaha.. jgn pandang aku sebelah mata weh.. aku pon ade hati dan perasaan.. ngat aku nie anak patung ke boleh sepak terajang sesuka hati? perghhh..

Tuesday, March 8, 2011

perfect two

You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the hero
And I can be your side kick
You can be the tear
That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or u can be the sun when it shines in the mornin'

Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/auburn/perfect_two.html ]
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together

Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Hook
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for u)
U take the both of us (of us)
And were the perfect two
Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two(yeah, yeah)

Monday, March 7, 2011

Que Sera Sera~~

que sera sera..
what ever will be will be..
que sera sera..
the future is not us to see..
que sera sera..

Kenapa perempuan kena kahwin dengan engineer?

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

Sunday, March 6, 2011

jangan buat orang yang mencintai kamu kecewa~~

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Wednesday, February 23, 2011

~BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *


* share dari seorang teman~
* renungkanlah dan sebagai ingatan kepada diri sendiri

Tuesday, January 11, 2011

TERIMA KASIH

terima kasih atas segalanya..
semua yang telah kau berikan..
semua yang telah kau curahkan..
tiada  lain yang kuharapkan..
hanya kebahagiaan yang aku inginkan..

About Me

My photo
for a time being, blog nie ada dua owner.. the 1st blog, originally mine and the second blog is belong to Amirul since die tak reti buat blog .. enjoy reading.. :)

THANKS FOR STOPPING BY ...