Pages

Followers

Wednesday, February 23, 2011

~BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *


* share dari seorang teman~
* renungkanlah dan sebagai ingatan kepada diri sendiri

Tuesday, February 22, 2011

sekadar contengan pabila bosan

salam sejahtera kepada pembaca setia blog ku ini.. hehe.. MyEm0.Com
hehe.. saje nk testing mende nieh.. semalam x update sebab balik kelas kol 10.30 plus laptop pon tgh nazak.. so, susah cket nk on9 lame2.. hehe.. start minggu nieh, aku akan mula bz dengan assignment yang melambak so, dengan pantas aku kena bawak laptop aku nie g klinik.. MyEm0.Com
huarghhh.. bila dh terbayang tugasan yang melambak2, aku jadi MyEm0.Com
nk fikir pasal assigment nieh.. aduiii.. harap2 aku boleh buat yang terbaik utk semua tugasan aku.. insyaAllah.. MyEm0.Com
aku xnk la nanti aku jadi malas nk update blog.. xnk la mcm tu kan.. sebab skrg nie blog nie je la yg aku ada nk luahkan n share cite ape yang aku nk rasa share..no no no..MyEm0.Com hmmm... ok la pembaca sume, aku nk g buat keje cket.. nanti sblm tido n bila2 aku rasa nk menulis, aku tulis lagi kt blog aku nieh.. malam cket la eh.. hehe.. adios..

Sunday, February 20, 2011

bila kesedihan menyelubungi diri~

hmm.. aku pon xtaw nape.. tetibe lak rasa sebak hati aku.. rasa sedih sangat2..

mula2 rasa mcm nie.. nape eh??

then jadi mcm nie plak..

huhu... dah mcm ape dah rupa mcm nie kan..

lepas tu comfirm jadi mcm nie plak..

huduh giler rupa mcm nie.. tp kalo nanges mmg x hengat dunia dah..

aku xtaw laa.. rasa mcm nk meraung pon ade skrg nie.. rasa mcm nk menangis puas2 pon ade.. 
kalo boleh nk nanges mcm nie.. boleh ke? 
*
*
*
*
sila tgok 
*
*
aku rasa lagi terok kot muka aku kalo nanges.. huhu..






Saturday, February 19, 2011

NEED TO...

"need to"?? kenapa need to?? xder ape yg nk dipelikkan sbb mmg aku sengaja buat entry nie.. atas sebab tertentu, aku buat entry nie.. hehe.. ok la, senang cite, aku nk mulakan hidup baru. aku nk buka buku baru ( even tahun baru dah lame lepas kan ) tp aku x rasa salah kot kalo aku nk mulakan hidup baru.. masih x terlambat lagi untuk aku mulakan hidup baru.. hidup baru yg aku maksudkan x semua perkara perlu baru.. contoh, baju baru, barang baru, KEKASIH BARU... no no no.. sama sekali tidak!!! hahaha.. apa yg aku maksudkan kat sini adalah kehidupan aku yang baru bersama orang yang sama.. xder nye nk tukar2 even bnyk masalah aku ngan dia ( aku yang banyak timbulkan masalah) kalo org lain dah lame kot kena tinggal tp aku sayangkan sangat2 dia.. haish.. aku pon xtaw ape yg buatkan kami xley tinggalkan antara satu sama lain.. aku sanggup berubah demi dia, demi masa depan kami bersama.. ( ayat nak jiwang ) tp itulah hakikatnya.. hehe.. kejap lagi nk tido, esok pagi bangun dengan azam baru, hidup baru.. senyum selalu.. dan aku harapkan kali ini aku mampu berubah dan jadi yang terbaik untuk diri aku, family, masa depan dan utk sidia.. bnyk benda dah aku plan dalam kepala aku nie.. tinggal nak tunaikan je lagi pasni.. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini agar segala apa yang dirancang berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.. terlalu berat dugaan kali ini yang aku hadapi tp aku perlu berdepan dengan kebenaran.. aku dah nekad, aku nk jadi orang baru.. orang yang akan berubah untuk orang lain.. demi masa depan aku sendiri.. aku ingat satu pepatah.. hanya diri sendiri mampu mengubah diri, bukan orang lain.. aku harapkan apa yang akan aku lakukan ini mendapat keredhaan dari Allah..

ok lah, dah panjang sangat aku mencarut kali nie tp nie bukan sebarang carut taw.. nie adalah sesuatu yang ikhlas aku coretkan kt sini untuk tatapan kepada sape2 yang sudi.. hehe..
selamat malam... semoga ada sinar untuk aku esok apabila aku buka mata.. insyaAllah.. amin~~

salam~~

Friday, February 18, 2011

complicated~~

entry kali nie aku buat atas sebab tertentu.. aku xtaw la nape sejak seminggu yang lepas aku jadi mcm nie. aku buntu. aku perlukan sumone. yes, aku mmg perlukan sumone yg boleh buat aku sedar. aku tak tahu dah nk buat mcm mane dah. yang aku taw, aku nk perbetulkan silap salah aku. aku perlukan org yang boleh bagi aku sokongan dan org yg dapat aku jadikan tempat utk berkongsi cerita. aku hanya nk ringankan beban dalam hati aku. sekarang nie aku rasa mcm nk mati, nk bunuh diri tp itu bukan jalan penyelesaiannya. sekarang nie aku perlukan masa utk diri aku. perlukan masa utk fikir dgn tenang. ya Allah, apa lagi perlu aku buat? berilah aku petunjuk.. 

About Me

My photo
for a time being, blog nie ada dua owner.. the 1st blog, originally mine and the second blog is belong to Amirul since die tak reti buat blog .. enjoy reading.. :)

THANKS FOR STOPPING BY ...