Pages

Followers

Saturday, July 2, 2011

~ KAU UNTUKKU ~


" Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.
"


okeyh.. tetibe nk review pasal novel yg aku baca satu hari nie.. actually kt rumah aku dah bnyk novel yg aku baca.. macam2 ada.. dah macam astro la plak.. hehe.. cite nieh aku dah baca dah dulu.. masa zaman aku skolah lagi.. hihi.. tp baru arinie aku beriya nk review pasal novel nieh.. nway, aku nie bole dikatakan penggemar novel tp sume novel yg ade kt umah aku, mak aku yang belikan.. hehehe.. aku nie cume tumpang sekaki je baca..

cite nie mmg best sgt2.. biasalah hero novel sume best2 kan.. romantik, memahami dan segala yg baiklah kt hero novel nieh.. Fuad nie selalu ckp kt Maira yang dia sayang Maira even Maira buat xtahu je.. lelaki nie sentiasa mencari cara untuk yakinkan cinta dan sayang dia terhadap Maira.. ada satu part dalam cite nie, Maira tinggalkan Fuad selama 7 bulan tp last2 diorg jumpe jgak.. kalo dah jodoh x kemana.. tgh2 feeling baca tu, aku terfikir kalo sape2 perempuan yg tinggalkan lelaki dlm dunia nyata nie, ada kemungkinan ke diorg tu akan berjumpe balik?? hmmm.. tu kalo takdir dan ketentuan tuhan kan..yang tu x boleh nk pertikaikan kalo ditakdirkan tuhan..

cite nieh bnyk gak konflik dia bile ex Fuad, Ellina tu dtg balik dalam hidup Fuad dan menagih kembali kasih dari Fuad.. plus, parents Fuad x sukakan Maira n nk jodohkan Fuad dgn Ellina..
at the end, diorg kawen tp still parents Fuad x bole nk terima Maira sbg menantu keluarga diorg atas sbb mereka jauh berbeza.. lepas je diorg jumpe balik tu, diorg kawen n biasalah novel ada happy ending.. family Fuad boleh menerima Maira dalam keluarga mereka dan Maira n Fuad memberikan cucu kepada keluarga mereka.. so, end of story.. hihihi..


p/s : sorry la eh aku x bape nk reti sgt bg review novel..

4 comments:

Cik Aan Alan said...

wah. suka baca novel juga yea!!

gud2!! hobi kita sama.

AmirulAcap said...

yup.. yay!! dah ade geng blogger yg suka baca novel.. hihi.. :)

fynahere said...

fyna suka cerita ni! bestkan? dah lama baca..6/7 taun lepas tak salah hehe

SN said...

saya dah baca,lama dulu ...best2,hehe

About Me

My photo
for a time being, blog nie ada dua owner.. the 1st blog, originally mine and the second blog is belong to Amirul since die tak reti buat blog .. enjoy reading.. :)

THANKS FOR STOPPING BY ...