Pages

Followers

Tuesday, June 28, 2011

cinta dan sayang..



cinta... apakah cinta?? cinta, sayang dan suka.. ketiga-tiga ini berbeza dari pelbagai aspek..
bagi orang yang betul2 dilamun cinta hanya tahu apa itu cinta, sayang dan suka.. mungkin bagi
sesetengah orang, I LOVE YOU = saya sayang awak.. saya sayang awak = I LOVE YOU..
( nmpk complicated bila diterjemah dlm bhs melayu )

tapi.. itulah hakikatnya.. tidak ramai yang faham apa itu cinta dan beza cinta atau sayang..
ada juga yang xtahu dia dilamun cinta..
ada juga yang xtahu dia hanya sayang.. tanpa menyintai..
ada juga yang xtahu kedua-dua perkara tersebut..


kadangkala pasangan memerlukan antara satu sama lain atas sebab mereka kesunyian..
jadi, mereka tidak tahu samada mereka bercinta atau hanya teman tapi mesra..
cinta dan sayang bukan perkara mudah untuk dibezakan..
kamu boleh kata,, "saya sayang awak" tapi sejauh mana kebenarannya?? hanya sekadar di mulut atau ikhlas dari hati..
kamu juga boleh kata, " saya cintakan awak" adakah kamu betul-betul maksudkan apa yang kamu ucapkan?? dan adakah kamu pasti dengan perasaan kamu?

jika ditanya sendiri pada pendapat aku, mungkin ada yang tidak setuju.. tapi apa yang aku bagi hanyalah dari aspek diri aku sendiri.. pendek kata, hanya diri kita sendiri dapat menilai sayang atau cinta seseorang terhadap kita..

for me, sayang adalah sayang.. perasaan yang dianugerahkan dari tuhan kepada hambaNya... kite sayang keluarga kita, sayang kawan kita, sayang binatang peliharaan, sayang harta benda, sayang negara, sayang bangsa dan sbgnya... sayang adalah sesuatu yang umum.. perasaan sayang boleh datang secara tiba-tiba dan boleh hilang dalam sekelip mata..

tapi..

cinta, bagi aku, sesuatu yang luar biasa..
kerana cinta, seseorang itu sanggup lakukan apa saja demi orang tercinta..
kerana cinta, hati kita bagai tertusuk dengan belati tajam bila kecewa..
kerana cinta juga kita tak mampu berbuat apa-apa bila ditinggalkan..
kerana cinta, kita jadi serba tak kena.. mandi x basah, tidur xlena, makan x kenyang..
kerana cinta juga, org gemuk boleh jadi kurus sbb xlalu makan..
kerana cinta, kita jadi lemah, xbersemangat, ada juga yang jadi panas baran sbb kecewa..

kesimpulannya, cinta lebih memakan diri jika memberi sepenuh hati kepada orang tercinta..
seorang sahabat pernah memberi nasihat agar tidak memberi sepenuh hati kepada orang yang kita cintai ini kerana sekali hati kita terluka, akan memberi kesan yang mendalam kepada diri kita..

No comments:

About Me

My photo
for a time being, blog nie ada dua owner.. the 1st blog, originally mine and the second blog is belong to Amirul since die tak reti buat blog .. enjoy reading.. :)

THANKS FOR STOPPING BY ...